Order

29 March 2010

Selamat datang!


Selamat datang semua. Saya sangat suka window shopping ke kawasan kedai sekitar Ipoh. Mana2 kedai yg buat special offer, mesti rasa nak pergi tengok. Lebih2 lagi kalau di depan kedai tersebut terdapat stiker2 atau poster2 besar promosi berwarna terang.

Biasanya warna kuning dan merah seperti banner kat atas ni. Mmm... barang apakah yg apakah yg ditawarkan? Murah sangatkah harganya? Berbaloikah kalau saya beli?

Selama ini semua maklumat harga yg ditawarkan/offer saya kumpul dan simpan sorang2. Berat mulut nak cakap dkt kawan2. Kalau barang berkenaan memang satu keperluan untuk diri dan boleh dibeli, memang saya akan rasa puas hati. Lebih2 lagi kalau boleh dpt harga lebih murah dari kawan2.... :D

BLINK!!! Tapi kali ini tercetus pulak idea. kenapa tidak saya share saja dgn semua orang. Lebih baik lagi jika ada dikalangan kawan2 yg jumpa tempat yg lebih murah lagi. Bukan rugi pun kalau sama2 dpt membeli dgn harga yg berpatutan opss... yg rendah dan murah serta ranap... :P

Saya akan cuba senaraikan beberapa barang yg sedang dipromosi di kedai sekitar Ipoh dlm blog ini dan anda sebagai pembeli nilaikan sendiri untuk membuat pilihan. Bila berkunjung nanti, jangan lupa beritahu taukeh kedai tentang blog Ipohsale ini. Kalau taukeh kedai tahu Ipohsale sentiasa membantu mereka mengiklankan barangan yg dipromosikan kepada semua pengunjung blog ini, tentu mereka tak sabar2 nak menghubungi saya. Jadi tak perlulah saya berulang-alik ke kedai yg sama setiap minggu... :)

Jika tak dapat apa yg dicari dari blog ini atau anda sendiri jumpa kedai yg sedang mempromosikan barangan mereka dengan harga rendah dan murah serta ranap, emailkan saja kepada saya.

Mana tahu, mungkin saya dapat membantu anda atau mungkin anda dapat membantu pengunjung yg lain berbelanja dgn bijak. Berikan masa kpd saya, almaklumlah saya cuma keluar time cuti saja... :)

Selalulah mengunjungi Ipohsale sebagai rujukan harga terkini.

Selamat berbelanja!

01 March 2010

Iklan di Ipohsale

Untuk tujuan pengiklanan di kiri dan kanan blog:

1) Hanya tiga gambar atau 3 barangan pada harga promosi sahaja yg dibenarkan untuk satu iklan.

Setiap iklan beserta isi kandungan atau cerita akan dikenakan caj sebanyak RM10 sahaja.

Iklan anda akan berada sama ada di sebelah kiri atau kanan (Bergantung kepada kekosongan dan budi bicara pemilik blog) selama 30 hari.

Namun demikian, isi kandungan iklan anda mungkin akan diedit mengikut kesesuaian blog ini.

Peringatan:
Pemilik blog berhak menolak (Reject) iklan anda jika didapati mengandungi barangan yg salah di sisi undang2 atau tidak sesuai dengan maksud dan tujuan blog Ipohsale.

Anda bolehlah menghantar isi kandungan atau cerita iklan yg lengkap kepada ipohsales@gmail.com