Order

15 February 2011

Ibu kombucha, mutmut, cendawan mekah

Salam dan selamat sejahtera,

Ramai peminat dan pengamal teh kombucha bertanyakan tentang teh kombucha. Saya tak jual air teh kombucha tapi saya jual set kultur kombucha. Dengan set kultur ini, anda boleh sediakan sendiri seberapa banyak kuantiti dan kekerapan air teh kombucha yg anda mahu.

Ikut sahaja cara penjagaan kultur dlm post yg lalu, insyaALLAH set kultur anda akan membiak dgn cepat. Set kultur yg saya jual berlapis2 dan selepas dibeli, anda boleh membahagi dan menyediakan kepada lebih dari dua set kultur yg baru.

Lebih besar bekas yg digunakan untuk membiak kultur, lebih kuantiti dan kekerapan sumber air teh kombucha anda.

Harga set kultur RM20 sahaja

Set kultur kombucha terdiri dari:
1 Balang plastik berserta tudung (Mengelakkan air tumpah dlm perjalanan)
Berlapis2 "ibu" kombucha
1 Tisu dan getah gelang
2 uncang teh lipton (Hadiah)

Cara pembelian cash dan ambil sendiri dekat Medan Klebang Prima, Chemor, Perak.

Carilah perkataan "kombucha" di GOOGLE :)

12 February 2011

Mutmut membesar mengikut saiz bekas

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas makan tenghari dekat kenduri rumah jiran sebelah, saya terus sediakan air teh pekat utk penyediaan set kultur kombucha yg baru. Permintaan dari peminat dan pengamal teh kombucha yg menggalakkan, menyebabkan saya bertekad utk memenuhkan rak dgn set2 kultur yg baru.

Rak masih belum penuh :P

Semalam seorang bakal pelanggan memberitahu saya, teh kombucha InsyaALLAH boleh meredakan batuk anaknya. Mmmm...salah satu testimonial yg menarik utk di kongsi bersama dari pengamal teh kombucha.

Untuk pengetahuan anda, kombucha akan membesar dan membiak mengikut saiz bekas yg anda gunakan. Jika anda pengamal teh kombucha dlm kuantiti yg besar, maka sediakan saja bekas mengikut saiz yg diingini. Kalau bekas yg digunakan bulat, bulatlah bentuknya dan jika bekas bersegi, bersegilah bentuknya. Apa pun saiz yg dipilih, mulut bekas mestilah boleh ditutup dengan kertas tisu atau kain dan mesti diikat dengan getah gelang.

Bekas berbentuk bulat

Bekas bersegi
Stok update:Set kultur yg sedia utk dijual cuma tinggal 3 saja lagi. Set kultur yg baru mungkin perlu masa sehingga 2~3 minggu. Kali ini saya sediakan dlm jumlah yg banyak (Penuh setiap rak).

Selalulah melawat blog ini utk mengikuti perkembangan set kultur terbaru.

Kepada semua peminat dan pengamal teh kombucha yg telah membeli set kultur dari saya, jauhkan kultur kombucha anda daripada asap rokok dan asap2 yg lain, jika tidak set kultur anda mungkin akan bermasalah atau mungkin akan mati.

Jgn lupa cari perkataan "kombucha" di GOOGLE