Order

12 February 2011

Mutmut membesar mengikut saiz bekas

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas makan tenghari dekat kenduri rumah jiran sebelah, saya terus sediakan air teh pekat utk penyediaan set kultur kombucha yg baru. Permintaan dari peminat dan pengamal teh kombucha yg menggalakkan, menyebabkan saya bertekad utk memenuhkan rak dgn set2 kultur yg baru.

Rak masih belum penuh :P

Semalam seorang bakal pelanggan memberitahu saya, teh kombucha InsyaALLAH boleh meredakan batuk anaknya. Mmmm...salah satu testimonial yg menarik utk di kongsi bersama dari pengamal teh kombucha.

Untuk pengetahuan anda, kombucha akan membesar dan membiak mengikut saiz bekas yg anda gunakan. Jika anda pengamal teh kombucha dlm kuantiti yg besar, maka sediakan saja bekas mengikut saiz yg diingini. Kalau bekas yg digunakan bulat, bulatlah bentuknya dan jika bekas bersegi, bersegilah bentuknya. Apa pun saiz yg dipilih, mulut bekas mestilah boleh ditutup dengan kertas tisu atau kain dan mesti diikat dengan getah gelang.

Bekas berbentuk bulat

Bekas bersegi
Stok update:Set kultur yg sedia utk dijual cuma tinggal 3 saja lagi. Set kultur yg baru mungkin perlu masa sehingga 2~3 minggu. Kali ini saya sediakan dlm jumlah yg banyak (Penuh setiap rak).

Selalulah melawat blog ini utk mengikuti perkembangan set kultur terbaru.

Kepada semua peminat dan pengamal teh kombucha yg telah membeli set kultur dari saya, jauhkan kultur kombucha anda daripada asap rokok dan asap2 yg lain, jika tidak set kultur anda mungkin akan bermasalah atau mungkin akan mati.

Jgn lupa cari perkataan "kombucha" di GOOGLE

No comments:

Post a Comment