Order

14 January 2011

Petua penjagaan kombucha / mutmut / cendawan mekah

Salam dan selamat sejahtera
Apakah petua penjagaan kombucha? Senang saja.

Anda boleh guna bekas plastik atau kaca sebagai tempat penyimpanan kultur kombucha, tapi saya syorkan bekas berkenaan sebaik2nya bermulut kecil seperti balang. Sebabnya mulut bekas yg kecil lebih mudah ditutup dgn kertas tisu dan diikat dgn getah gelang.

Kertas tisu akan menghalang habuk dan semut serta serangga lain dari memasuki set kultur. Lapisan tisu yg nipis lebih sesuai sebagai penutup set kultur kerana ia memberikan pengudaraan yg baik di dalam set kombucha.

Kawasan penyimpanan set kultur

Simpan set kultur di tempat yg kurang cahaya dan jauhkan dari pancaran cahaya matahari. Jauhkan dari segala asap seperti asap rokok, asap ubat nyamuk dan lain2 asap yg mungkin.
Biarkan selama seminggu tanpa gangguan. Biasanya kita tak sabar2 nak tengok perkembangan kombucha yg baru dibeli.

Lapisan kombucha berusia 3 hari

Pergerakan secara kasar sebenarnya mengganggu perkembangan fasa permulaan kombucha. Pada peringkat awal lapisan nipis di permukaan set kultur masih lemah dan mudah rosak jika diganggu. Lapisan baru akan menjadi semakin tebal dan kukuh dalam masa seminggu. Gerakkan perlahan2 agar sedikit lapisan air teh (Nipis) naik ke atas lapisan baru kombucha yg berusia seminggu. Tujuannya adalah utk menjadikan kultur kombucha anda berlapis2 dan byk.

Lapisan kombucha berusia seminggu

Selepas dua minggu, special brew kombucha anda telah sedia untuk diminum. Jangan minum airnya sehingga habis. Anda perlu tinggalkan setengah bahagian air berkenaan, dan tambahkan air teh yg baru. Tunggu lagi sehingga dua minggu untuk special brew yg seterusnya. Bila lapisan semakin banyak dan tebal. Koyakkan lapisan lama dan hadiahkan kepada kawan2.

Sebagai langkah2 keselamatan,Saya syorkan anda biakkan set kultur kombucha kepada dua bahagian selepas dibeli (Back up).

Jangan kenakan sebarang logam pada set kombucha anda dan jangan guna cerek atau teko aluminum untuk menyediakan larutan teh kultur yg baru. Sebaik2nya gunakanlah air bertapis untuk membuat teh yg baru.

Inilah pemanas air dan tisu yg saya gunakan

Carilah perkataan "KOMBUCHA" di Google :)

10 January 2011

Stok kombucha habis! - Tunggu lagi seminggu dua

Salam dan selamat sejahtera,

Jam 9.30 malam. Baru saja balik dari kedai perabut. Keluar semata2 nak cari rak murah utk set2 kombucha. Meja makan saya dah tak sesuai. Nak makan nasi lemak dan minum milo O pagi2 dah tak muat. Terpaksa duduk bersila di ruang tamu, tumpang meja kecil Jepun yg di beli isteri di Tesco.

Pengumuman kepada peminat2 kombucha, saya telah kehabisan stok. Jangkaan saya set2 kombucha akan matang dan sedia untuk dijual dalam masa seminggu dua lagi.

Set2 yg ada sekarang masih muda dan lapisannya masih kurang. Saya lebih suka jual set2 yg matang dan meyakinkan.

Selalulah melawat blog saya ni untuk update terkini.