Order

28 December 2010

Dah sampai ke Ipoh 7.40am tadi

Salam dan selamat pagi

Dalam keadaan rushing dari Sungai Petani, Kedah terus ke Klebang Prima, Chemor, Perak. Kali ni bersama bekalan cupcakes dari isteri tersayang, mmm..boleh makan di kantin bersama kawan2 nanti.

Nasib baik masih ada masa utk singgah ke rumah untuk tukar kasut kerja. Hari ni mmg bernasib baik, sampai tempat kerja jam 7.56am. Yg paling penting, sempat attended morning meeting.

Harap maaf kepada saudara yg datang Jumaat lepas, awal pagi Jumaat tu saya dah dalam perjalanan pulang ke kampung, Sungai Petani. OK, untuk minggu ini, kepada sesiapa yg berminat dgn mutmut, anda bolehlah call or SMS sekarang. InsyaALLAH, saya ada di Klebang Prima, Chemor sehingga Jumaat ini.

Stok yg sihat dah tinggal sedikit. Lain2 stok lapisannya masih sedikit. Perlu tunggu seminggu dua untuk dibiakkan.

Siapa cepat dia dapat.

25 December 2010

Balik Sungai Petani 3 Hari

Salam dan selamat sejahtera. Krismas kali ni, saya dapat cuti 3 hari. Apa lagi terus balik kampungJumaat pagi. Awal Isnin pagi, dah kena bertolak semula ke Ipoh.

Kepada yg telah mendapatkan mutmut dari saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yg berminat, sila call awal. Pada hari bekerja, saya boleh pulang ke rumah utk urusan pengambilan mutmut. Kalau Sabtu dan Ahad cuti, biasanya saya pulang ke Sungai Petani, Kedah.

06 December 2010

Cendawan Mekah Mut mut Kombucha Ipoh

Salam dan selamat sejahtera,

Selamat menyambut Awal Muharram. Awal Muharram tahun ini, saya sambut di Ipoh, Perak. Bila dah cerah tanah, baru rasa nak buka pintu dan menghirup udara segar pagi. Cuaca mendung dan sejuk. Mungkin sama macam semalam, mendung dan sejuk hingga ke petang.

Asalnya sedang menunggu, tapi sebenarnya terus terlupa langsung tentang sesuatu kehidupan yg disimpan di bilik tengah yg tertutup. Almakumlah tinggal seorang saja di rumah. Mana sempat nak menjengah semua bilik yg ada, lebih2 lagi bila selalu pulang kerja lewat.

Alhamdulillah,kali ini berjaya. Dah membiak rupanya tumbuhan mutmut yg di beli 2 minggu lalu dari seorang peniaga. Ini merupakan percubaan kali ke-3 saya membiak mutmut. Sebelum ni semuanya mati disebabkan kurang ilmu dan petua penjagaannya.

Hampir kesemua ilmu dan petua dari peniaga mutmut berkenaan diikuti dan Alhamdulillah, menjadi kali ni. First time meneguk my special brew mutmut, rasa macam teh o ais limau.


Sebelum ni, tak pernah pun terfikir utk cari maklumat pasal mutmut dalam internet. Tapi bila dah jumpa, rupanya tumbuhan dan minuman ini memang terkenal seluruh dunia.


Kalau tak percaya, guna google cari "kombucha". Banyak maklumat yg boleh didapati dari sana.


Hubungi saya jika anda berminat.

Harga satu set RM20
Set terdiri dari:
beberapa lapisan mutmut,
balang plastik beserta tudung 1 set
2 uncang teh lipton (Hadiah)

Jangan lupa cari KOMBUCHA di Google!