Order

06 December 2010

Cendawan Mekah Mut mut Kombucha Ipoh

Salam dan selamat sejahtera,

Selamat menyambut Awal Muharram. Awal Muharram tahun ini, saya sambut di Ipoh, Perak. Bila dah cerah tanah, baru rasa nak buka pintu dan menghirup udara segar pagi. Cuaca mendung dan sejuk. Mungkin sama macam semalam, mendung dan sejuk hingga ke petang.

Asalnya sedang menunggu, tapi sebenarnya terus terlupa langsung tentang sesuatu kehidupan yg disimpan di bilik tengah yg tertutup. Almakumlah tinggal seorang saja di rumah. Mana sempat nak menjengah semua bilik yg ada, lebih2 lagi bila selalu pulang kerja lewat.

Alhamdulillah,kali ini berjaya. Dah membiak rupanya tumbuhan mutmut yg di beli 2 minggu lalu dari seorang peniaga. Ini merupakan percubaan kali ke-3 saya membiak mutmut. Sebelum ni semuanya mati disebabkan kurang ilmu dan petua penjagaannya.

Hampir kesemua ilmu dan petua dari peniaga mutmut berkenaan diikuti dan Alhamdulillah, menjadi kali ni. First time meneguk my special brew mutmut, rasa macam teh o ais limau.


Sebelum ni, tak pernah pun terfikir utk cari maklumat pasal mutmut dalam internet. Tapi bila dah jumpa, rupanya tumbuhan dan minuman ini memang terkenal seluruh dunia.


Kalau tak percaya, guna google cari "kombucha". Banyak maklumat yg boleh didapati dari sana.


Hubungi saya jika anda berminat.

Harga satu set RM20
Set terdiri dari:
beberapa lapisan mutmut,
balang plastik beserta tudung 1 set
2 uncang teh lipton (Hadiah)

Jangan lupa cari KOMBUCHA di Google!

2 comments:

  1. jika berminat nak beli macamana ye....
    intan 014-6142102

    ReplyDelete
  2. macamana saya nak call en.berminat nak beli.

    ReplyDelete